Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

salam to all readers.. blog ini?masih punya reader kah? atau aku hanya celoteh sendiri? ah! aku tak peduli, tulis juga, kerana aku rasa terpanggil untk memeriahkan suasana.. dah 2tahun blog ni kaku tanpa apa2 update, beku dengan 55 post nya, last post 10 Nov2009.. ye kawan2, 2009 ok.. diam tak diam 2 tahun.. hari ni, aku ringankan jugak jari untuk tulis apa saja yang terlintas difikiran. Mengimbau segala memori sepanjang 2tahun yang beku ini.. mungkin kita semua tak kuasa untuk menulis apa2, mungkin kita tak kuasa untuk bercerita tentang kenangan, tak kuasa untuk ambil tahu dan memberi tahu.. tapi aku rasa terpanggil untuk mengkhabar kan setiap apa yang berlaku.. maaf sekiranya ad penulisan aku yg agak canggung atau pelik bila dibaca.. biase la kan, minah rock, teringin nk berpuitis, pasti pelik!

dalam masa ke semasa, aku cuba update tentang rakan2 kembara ye.. buat tatapan kita kemudian hari.. mungkin suatu hari nanti, kita akan pulang ke laman ini untk mengimbau kenangan kita, detik bahagia, suka duka.. sesuatu yg akan kita ceritakan.. banyak kn perkembangan dari kawan2 yg kite tak tahu, happy? pertunangan, perkahwinan, baby baru, rumah baru, kereta baru, hijrah, segala yang indah.. ada juga kisah sedih yang perlu kita kongsi bersama.. kehilangan insan yang paling kita cinta, sahabat, keluarga.. atau mungkin kisah ditimpa bencana, penyakit atau kesusahan.. dan mungkin suatu hari nanti kita terima berita dan berkata "kenapa aku tak penah tahu, selama ni dia......." aku tak mahu kita dilanda perasaan kesal kerana tidak pernah ambil tahu, tidak pernah ambil berat. aku tak mahu bila ada diantara kita, rasa terpinggir bila dilanda bencana kerana tiada siapa2 yang bertanya apakah keadaan nya dia..

mungkin kita senang, ada sahabat kita susah.. mungkin kita keje bagus, sahabat kita menganggur.. bila kita tersenyum, ada sahabat kita yang menangis.. siapa tahu kan? tak salah berkongsi, so kite boleh la buka peluang untk kawan2 kita yang lain.. berkongsi pengalaman, biarpun tentang kesilapan, agar sahabat kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.. dapat tak ape mksud aku? contoh tentang diri aku sendiri, bila aku dapat tahu ada kerja kosong kat mane2, aku mesti terfikir "ada tak antara kawan2 kembara yang mengangur ye? mane la tahu boleh recommend kan diorang untuk position tu.?" n perkara tu end up takde ape2 tindakan sebab aku tak tahu pun siapa yang menganggur atau sedang mencari2 peluang untuk bertukar kerja..

jadi, mari la kite sama2 jadikan laman social ni sebagai medium untuk improve kehidupan kita, dan pada masa yang sama, bantu kawan2 lain untuk improve kehidupan mereka.. Aku selalu berpegang pada ayat ni "menjadi insan yang berguna adalah bila mana, kita mampu untuk membantu insan lain sehingga mereka berjaya, walaupun sehingga mereka lebih berjaya dari kita.."

Cukup la setakat ini celoteh aku.. Insyaallah, akan bersambung dalam masa yang terdekat.. doakan aku cukup istiqamah untuk mencoret dan berkongsi.. atau mungkin laman ini akan sunyi lagi... Diharap rakan2 sudi- sudilah meninggalkan pesan kat ruang chat sebelah ni, tulis la topik2 apa yang korang nak aku dan editor2 lain coretkan.. "apa khabar ye dengan....." or "aku dengar cerita... betul ke? nak dapat kan kepastian, boleh sesiapa bagi kenyataan?" or "Ingat tak dulu....." ape2 saja la kawan, feel free to leave any comment ya.. maaf atas segala kesilapan, salam sayang buat semua rakan2.. wsalam..

Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan orang kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak

Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak

Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak

Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau….mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak

Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku….mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mak

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak

Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu….aku ingat pasanganku
Selalu….mak ingat kat aku

Bila-bila….aku akan telefon pasanganku
Entah bila….aku nak telefon mak

Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan:

“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.

Berderai air mata jika kita mendengarnya…..

Tapi kalau mak sudah tiada…..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….

hargailah mak anda......selagi masih mampu anda berbakti padanya......

Salam ceria dengan lafaz assalamualaikum ..
Sekarang kami di USIM juga tengah bercuti, tapi kesian kat kawan-kawan SMAKJ di USIM ni yang kena short sem...huhu..

Jadi, korang yang tengah bercuti tu buat apa? Rancang lah masa sebaiknya..mengikut satu pendapat dari majalah yang pernah dibaca, masa kosong itu adalah racun pembunuh kepada jiwa dan fikiran seseorang.. setuju tak? bila kita tiada apa-apa nak buat, apa kita buat, ada yang melayan TV, movie, ada yang hang out tak de tujuan, kalau shopping tu ada la tujuannya kan, lepak yang tak berfaedah, tidur macam-macam lagi la, tue korang tahu sendiri kan... sebenarnya masa kita terbuang dan tanpa sedar kita telah membazirkan nikmat masa lapang yang Allah bagi.. dua nikmat yang sering kita lupa, ni dari hadis yang kita belajar dulu masa SPM..apa dia nikmat tu? NIKMAT MASA LAPANG DAN WAKTU SIHAT.. pernah tak menyesal bila keadaan dah mendesak dan menghimpit? masa tu baru teringat, terimbas... apa yang aku dah buat sebelum ni?

saya pernah berada di situasi yang sama..saya pernah menyesal..natijahnya saya yang tanggung tapi adakah saya insaf? Moga pengalaman lalu mengajar kita lebih dewasa dan lebih menghargai kehidupan..yang paling dekat dengan kita adalah KEMATIAN..tiap saat ia makin hampir tapi adakah kita sedar?

kekadang tepikir gak..mane agaknye semua kekawan juga ahli batch13 smakj, ramai tetapi semuanya dgn haluan masing2,semoga apa jua yang diceburi mendapat kejayaan!