HARGA MELEWATKAN KERJA (PROCASTINATE)

SUMBER: www.irfankhairi.com

Sekiranya ada satu sahaja MUSUH untuk membuatkan kita tidak berjaya & mengeluarkan segala potensi diri, ianya adalah procrastinate. Atau melewatkan-lewatkan masa kerja.

Bayangkan ini. Apabila anda membaca sesuatu info yang amat berguna yang anda sendiri tahu ianya boleh membantu anda- tidak kira dari Tip Satu Minit ini, atau dari buku, atau dari majalah… adakah anda terus lakukannya, atau anda menangguhkan? (walaupun tahu ianya boleh membantu anda mencapai kejayaan)

Sebagai contoh, 2 tahun lepas saya menulis tip ini:

Sekiranya anda membaca 1 jam sehari, secara purata, anda akan menghabis satu buku setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku seminggu, anda akan dapat menghabiskan 4 buku sebulan. Ini bererti dalam masa setahun anda akan menghabiskan 48 buah buku. Sekiranya anda meneruskan selama 3 tahun, anda akan membaca 144 buah buku.

Tahukah anda bahawa kebanyakan pakar-pakar industri yang berjaya dan mencapai tahap jutawan telah membaca >100 buah buku yang berkenaan bidang masing-masing?

Semuanya bermula dengan hanya membaca 1 jam sehari, dan anda akan menjadi pakar industri anda dalam masa 3 tahun dari sekarang! (Post: September 2006- “Baca Jangan Tak Baca”)

Tip itu saya tulis kira-kira 640 hari lepas. Sekiranya anda mengimpimentasikannya, anda telah meluangkan 640 jam membaca buku sejak membaca tip tersebut sehingga kini. Ia juga secara purata bermakna anda telah membaca 90 buah buku berkaitan dengan bidang anda.

Berapa ramai agaknya yang telah membaca 90 buah buku sejak 2 tahun lepas? Insyaallah saya sendiri telah membaca 90 buah buku sejak 2 tahun lepas kerana saya amalkan kaedah membaca 1 jam sehari ini.

Jadi, apakah harga melewatkan sesuatu? Dalam kes ini, membaca 90 buah buku anda telah kerugian. Dalam tip atas saya juga ada menyebut, untuk menjadi pakar industri anda perlu membaca >100 buah buku. Bererti, by now anda perlu lagi 10 buku sahaja lagi.

Tetapi, sekiranya anda melewatkan masa/kerja dan tidak melakukannya, jauh lagi perjalanan… 100 buku lagi!

Sekiranya anda memulakan perniagaan Internet 3 tahun lepas ketika buku RJJIT mula keluar. Tidakkah anda rasa by now anda sudah berpengalaman 3 tahun menjalankan perniagaan Internet? Adakah mustahil, dengan 3 tahun pengalaman anda boleh menjana sekurang-kurangnya RM2,000-RM3,000 extra income online secara part time melalui perniagaan Internet (side income)? Saya rasa tidak.

Dengan extra RM2,000-RM3,000 setiap bulan, tidakkah ia membantu dalam keadaan harga minyak & barangan semakin naik ini? Saya rasa ya.

Procrastination adalah musuh utama dalam mencapai kejayaan. Pakar motivasi Anthony Robbins menggelarkannya “the silent killer”.

Post kali ini, panjang sikit (mungkin tip 2 minit kut) adalah untuk anda fikir sejenak. 3 tahun lepas… 2 tahun lepas… 1 tahun lepas… atau tahun ini.

Ada tak sesuatu yang anda tahu anda perlu ubahkan diri anda kearah kebaikan membina diri anda sendiri, tetapi anda terpedaya dengan “the silent killer” ini dan tidak melakukan apa-apa?



Bayangkan 3 tahun akan datang. Atau 5 tahun akan datang. Atau 10 tahun akan datang. Bagaimanakah keadaan kita sekiranya kita terus melewat-lewatkan kerja dimana kita sendiri tahu ia adalah untuk kebaikan diri kita sendiri.

Mungkin bagi anda ianya bukan membaca buku atau memulakan perniagaan Internet seperti contoh di atas. Tetapi, mungkin anda pernah terfikir satu masa dulu untuk menulis buku? atau untuk mula menjimat sekurang-kurangnya RM300 sebulan? atau hendak mencuba sesuatu pertandingan? atau hendak memulakan perniagaan part time lain? atau hendak berjumpa lebih ramai prospek sekiranya anda sudah memulakan perniagaan? atau hendak membawa keluarga pergi bercuti luar negara? atau hendak buat ’surprise’ pada orang yang tersayang? atau apa sahaja… (tak semestinya berkaitan dengan wang je)

Untuk mengetahui harga melewatkan kerja (procrastinate), Bayangkan 3 tahun akan datang. Atau 5 tahun akan datang. Atau 10 tahun akan datang. Think about it ;)


Sinopsis seorang budak Bernama TANGO masuk belajar di Sek. Men. Agama. Kerajaan Johor, Kluang.. bermulalah cabaran hidupnya dari form 1 hingga form 5, dibintangi oleh Syaiful Azam, Nur Ainun, Aniq Tharwan, Khairunnajihah dan lain-lain, diarahkan oleh Aminur Rasyid - Saksikan lagi pelbagai video BLACK13 The Movie di sini >> click sini!

Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan orang kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak

Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak

Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak

Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau….mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak

Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku….mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mak

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak

Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu….aku ingat pasanganku
Selalu….mak ingat kat aku

Bila-bila….aku akan telefon pasanganku
Entah bila….aku nak telefon mak

Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan:

“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.

Berderai air mata jika kita mendengarnya…..

Tapi kalau mak sudah tiada…..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….

hargailah mak anda......selagi masih mampu anda berbakti padanya......

salam..haa..sejak mula posting di sini, saya asyik nak tulis je..ada je benda nak tulis..sebab tahu korang sentiasa setia dengan website batch 13 yang up to date nie..

ok kali ni ada pengumuman..

bagi sesiapa yang berminat nak join website komuniti di alam ciber dan alam nyata nie, meh join AKADEMI MUSLIM.. MACAM2 ADA..pendek kata kalau kita bosan surf internet ni, tak tahu dah nak tengok apa, mai la singgah sat kat sini..

www.akademimuslim.com buka dlu, baru nilai, kalau rasa sesuai dengan jiwa dan identiti anda seorang muslim..boleh la berkunjung lagi..

lagi satu, mesti anda penah dengar YOUTH SAYS kan? setiap pandangan atau survey anda jawab akan dibayar, saya baru daftar semalam..adala dapat collect duit..sikit2 lama jadi banyak kan.. click here dude!


Salam..

buat kawan-kawan peminat nasyid..nie ada radio streaming yang best! boleh gak masukkan kat blog korang..

radio.nasyidfm.net atau www.nasyidfm.net
best bagi saya dan tentunya best bagi korang juga!

Salam ceria dengan lafaz assalamualaikum ..
Sekarang kami di USIM juga tengah bercuti, tapi kesian kat kawan-kawan SMAKJ di USIM ni yang kena short sem...huhu..

Jadi, korang yang tengah bercuti tu buat apa? Rancang lah masa sebaiknya..mengikut satu pendapat dari majalah yang pernah dibaca, masa kosong itu adalah racun pembunuh kepada jiwa dan fikiran seseorang.. setuju tak? bila kita tiada apa-apa nak buat, apa kita buat, ada yang melayan TV, movie, ada yang hang out tak de tujuan, kalau shopping tu ada la tujuannya kan, lepak yang tak berfaedah, tidur macam-macam lagi la, tue korang tahu sendiri kan... sebenarnya masa kita terbuang dan tanpa sedar kita telah membazirkan nikmat masa lapang yang Allah bagi.. dua nikmat yang sering kita lupa, ni dari hadis yang kita belajar dulu masa SPM..apa dia nikmat tu? NIKMAT MASA LAPANG DAN WAKTU SIHAT.. pernah tak menyesal bila keadaan dah mendesak dan menghimpit? masa tu baru teringat, terimbas... apa yang aku dah buat sebelum ni?

saya pernah berada di situasi yang sama..saya pernah menyesal..natijahnya saya yang tanggung tapi adakah saya insaf? Moga pengalaman lalu mengajar kita lebih dewasa dan lebih menghargai kehidupan..yang paling dekat dengan kita adalah KEMATIAN..tiap saat ia makin hampir tapi adakah kita sedar?